8 Disember 2014 - 03:20
Protes diskriminasi kaum di Amerika masuk hari ke-tiga

Tindakan pegawai polis membunuh orang awam mengundang kemarahan masyarakat Amerika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Demonstrasi memprotes kezaliman dan keganasan polis terhadap kaum tertentu telah masuk hari ke-tiga di beberapa bandar Amerika.

Malam ketiga masyarakat Washington, Boston, New York, Texas, San Francisco, Oakland, Ferguson, Chicago dan berpuluh-puluh kota lain turun mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah dasar diskriminasi tersebut sehingga beberapa jalur keretapi terpaksa ditutup.

Dua malam lalu, pihak polis cuba mengurangkan ketegangan dengan penunjuk perasaan, namun demonstrasi menjadi bertambah meriah sehingga lebih 200 orang telah ditahan di New York.

Media yang mengikuti perkembangan semasa pula cuba menampilkan keganasan pihak penunjuk perasaan yang melakukan vandalisme di Ferguson.

Dalam masa yang sama masyarakat Ferguson meninggalkan kegiatan membeli belah sempena sambutan hari Krismas dengan mengajukan tuntutan keadilan dan tidur di atas jalan-jalan sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan oleh polis.

Beberapa saluran satelit menjemput aktivis hak asasi manusia dan sosial untuk membincangkan kewujudan diskriminasi kaum di negara tersebut.

Demonstrasi yang semakin besar itu dijangka akan menyebabkan cuti di kebanyakan kota. Sementara itu terdapat pertubuhan sosial yang menetapkan 19 Disember depan sebagai hari demonstrasi besar-besaran di ibukota New York.

Pada 17 Julai lalu, seorang penduduk Amerika berkulit hitam, Eric Garner telah ditangkap dan seorang pegawai polis bertindak mencekiknya hingga mati. Mahkamah dalam sidangnya memutuskan ayah kepada enam anak ini tidak bersalah dan kes ini menyebabkan kemarahan rakyat Amerika.